K E N Y A T A A N M E D I A 2 7 O G O S 2 0 1 9
KERJASAMA PERTAMA DALAM INDUSTRI KEWANGAN DAN PELABURAN SYARIAH TANAHAIR ANTARA SYARIKAT PENGURUSAN DANA ISLAM SERTA SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL BAGI KOLABORASI STRATEGIK DUA HALA
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, negara menyaksikan kerjasama dalam industri kewangan dan pelaburan syariah apabila syarikat pengurusan dana Islam, iaitu PMB Investment Berhad (PMB Investment) menandatangani perjanjian kolaborasi strategik dua hala (Strategic Collaboration Signing Ceremony – Referral Arrangement & Cross Agency Appointment) dengan syarikat pengendali takaful Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful), hari ini.
Kerjasama ini akan memberi ruang kepada Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment menawarkan produk berkaitan takaful Zurich kepada para pelabur. Pada masa yang sama ejen ZTMB juga boleh menawarkan unit amanah PMB Investment kepada pelanggan mereka melalui cross-sell.
Perjanjian kolaborasi strategik dua hala ini telah ditandatangani oleh Najmi Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment dan Mukesh Dhawan, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful. Majlis kerjasama itu turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, dan Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark.
Menurut Najmi, kerjasama ini akan memberi impak kepada syarikat serta industri kewangan syariah, di mana ianya mampu mempercepatkan pertumbuhan permintaan produk berasaskan syariah.
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, setakat 30 Jun 2019, terdapat 670 dana unit amanah dengan jumlah Nilai Aset Bersih (NAB) sebanyak RM467.2 bilion. Daripada jumlah itu, 230 dana adalah patuh syariah dengan NAB adalah sebanyak RM96.2 bilion. Jika dilihat dari segi perumbuhan pula, peratusan peningkatan NAB dari Jun 2018 hingga Jun 2019 adalah sebanyak 21.1 peratus berbanding sebanyak hanya sebanyak 7.8 peratus pertumbuhan bagi dana konvensional. Manakala, menurut Persatuan Takaful Malaysia, penembusan takaful di kalangan rakyat Malaysia dijangka akan terus meningkat,” tambah Najmi lagi.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Najmi berkata, “Syarikat PMB Investment harus menyediakan Perunding Unit Amanah yang berada di bawah pengurusan syarikat untuk mempelbagaikan penawaran portfolio perkhidmatan kewangan syariah kepada para pelabur. Untuk memastikan syarikat menjadi pilihan pelabur, syarikat perlu menyediakan produk yang tepat kepada para pelabur kerana tiada tiada satu produk yang sempurna untuk pelbagai keperluan. Kerjasama ini diharap dapat memberi servis yang lebih luas kepada ramai pihak dan dapat memenuhi keperluan yang berbeza.”
Setakat 31 Julai 2019, PMB Investment mempunyai 1,000 PUA dan dijangka akan meningkat sebanyak 50 peratus menjelang hujung tahun ini. Manakala, Zurich Takaful mempunyai lebih daripada 6,000 ejen di seluruh negara.
Mengulas mengenai usaha kerjasama antara Zurich Takaful dan PMB Investment, Mukesh Dhawan berkata, "Terdapat pelbagai peluang di dalam industri takaful untuk pembentukan kerjasama strategik baru dan bermakna untuk menjana pertumbuhan industri. Di Zurich Takaful, kami komited untuk meningkatkan kesedaran konsumer dan berbesar hati dengan peluang bersama PMB Investment. Kerjasama ini membolehkan kami menggabungkan kepakaran dan kelebihan kedua-dua organisasi untuk meningkatkan liputan pasaran.”
“Melalui kerjasama ini adalah berlandaskan kekuatan PMB Investment dan rangkaian produk-produk yang terkemukanya, diserasikan dengan kepakaran Zurich Malaysia dalam menyediakan produk-produk takaful yang komprehensif, akan menambah nilai kepada pelanggan. Bersama, kami dapat meluaskan pengetahuan dan kesedaran terhadap kewangan Islam dengan lebih cepat, dan membantu rakyat Malaysia melindungi orang tersayang dan masa depan mereka,” tambah Mukesh lagi.
- TAMAT –
Maklumat lanjut, hubungi:
Marina Ghazali,
Ketua, Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
20th Floor, 1 Sentral, Jalan Rakyat
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
T : 03-2785 9866
F : 03-2785 9801
M: 019-232 7423
Layari https://www.pmbinvest.com.my untuk maklumat lanjut.
Yana Rahman,
Ketua, Komunikasi Dalaman & Luaran
Level 23A, Mercu 3, KL Eco City
Off Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
T: 03-2109 7474
M: 012-211 2451
yana.rahman@zurich.com.my
Layari https://www.zurich.com.my untuk maklumat lanjut.
INFORMASI TENTANG PMB INVESTMENT BERHAD
PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA, sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam ekuiti dan beberapa aset sukuk.
PMB Investment telah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2019 antaranya adalah (i) The Lipper Fund Awards from Refinitiv 2019, (ii)The Lipper Fund Awards Global Islamic 2019 (iii) The Morningstar Awards 2019 dan (iv) FSMone Awards 2019 untuk dana PMB Shariah Premier Fund.
INFORMASI TENTANG ZURICH MALAYSIA
Zurich Malaysia adalah istilah rujukan kolektif bagi anak-anak syarikat Zurich Insurance Group (Zurich) yang beroperasi di Malaysia: Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad. Zurich Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif; membantu individu dan juga pemilik perniagaan memahami dan melindungi diri, perniagaan dan juga asset mereka daripada risiko. Zurich Malaysia mempunyai rangkaian cawangan bersepadu di 40 lokasi dan juga agensi dan saluran pengedaran yang berdedikasi di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Malaysia, layari www.zurich.com.my
Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) adalah salah sebuah pengendali takaful keluarga terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group dan satu-satunya penyedia tunggal produk takaful keluarga yang patuh syariah dalam kumpulan Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful lebih sedekad, ZTMB menyediakan penyelesaian perlindungan, perubatan dan kesihatan, simpanan wang dan pelaburan untuk memenuhi keperluan para pelanggan di pelbagai peringkat kehidupan. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta dengan sokongan rangkaian cawangan di seluruh negara, ZTMB komited untuk membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko Produk konvensional insurans hayat juga disediakan kepada pelanggan melalui syarikat sekutunya iaitu Zurich Life Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai ZTMB, layari www.zurich.com.my