HOME : NEWS & UPDATES

PMB INVESTMENT LANCAR DANA GLOBAL PERTAMA

2021-10-22

 

 

 

K E N Y A T A A N  M E D I A 

 

PMB INVESTMENT LANCAR DANA GLOBAL PERTAMA

 

Kuala Lumpur - PMB Investment Berhad (PMB Investment) melancarkan dana global pertamanya, PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) hari ini yang memfokus kepada ekuiti global untuk memberi akses mudah kepada pelabur untuk melabur di portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Puan Mahani Ibrahim, “Dana PMBSGEF  menawarkan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio pelbagai sekuriti patuh Syariah yang tersenarai di pasaran global. Ianya juga sesuai untuk pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko sederhana dan tinggi dalam pelaburan unit amanah”.

Majlis Pelancaran atas talian ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. 

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, “Pelancaran dana ini adalah satu lagi kejayaan PMB Investment dalam menunaikan amanatnya kepada semua rakyat Malaysia dengan memberikan akses mudah ke pasaran unit amanah di peringkat global dengan pelaburan permulaan yang berpatutan walaupun keadaan ekonomi suram”.

Pelaburan permulaan adalah RM1,000 bagi pelabur individu dan RM10,000 bagi pelabur korporat manakala pelaburan tambahan masing-masing sebanyak RM100 dan RM1,000.  Dana ini dijual dengan harga RM0.50 seunit dan pelabur boleh menghubungi Konsultan Unit Amanah PMB Investment ataupun pejabat jualan negeri di seluruh Malaysia. 

Tambah Mahani Ibrahim, fokus pelaburan adalah pada ekuiti global dengan peruntukan aset hingga 99.5 peratus yang mana dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi dan patuh syariah di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, Jepun dan beberapa negara lagi.

“PMB Investment bekerjasama dengan Nasdaq Dorsey Wright (NDW), sebuah syarikat penasihat kepada Wall Street dan pelaburan dunia untuk menguruskan PMBSGEF dengan menggunakan metadologi and strategi pelaburan mereka,” tambah Mahani Ibrahim lagi. 

“PMBSGEF ini akan menjadi peluang menarik bagi pelabur Malaysia yang ingin mempelbagaikan pendapatan mereka melalui platform pelaburan berlandaskan syariah di peringkat global sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi dunia selepas memberian vaksin Covid 19”, tambah Mahani. 

PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelopor dalam pengurusan unit amanah dan pengurusan portfolio. PMB Investment menguruskan 18 dana termasuk PMB Shariah Global Equity Fund, dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas aset utama iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran modal. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali

Ketua, Komunikasi Pemasaran

Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB 

No. 1A Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3800

F: 03-4145 3801 I M: 019-232 7423

marina@pelaburanmara.com.my

22102021

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali

Ketua, Komunikasi Pemasaran

Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB 

No. 1A Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3800

F: 03-4145 3801 I M: 019-232 7423

marina@pelaburanmara.com.my

22102021

-habis-