HOME : NEWS & UPDATES

PMB INVESTMENT UMUM PRESTASI SEBELAS DANA TERBAIK

2021-02-05

K E N Y A T A A N     M E D I A    

 

PMB Investment Umum Prestasi 11 Dana Terbaik 

 

PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad mengumumkan 11 daripada 16 dana di bawah pengurusannya telah merekodkan prestasi cemerlang yang berada dalam “Lipper Investment Management” bagi kategori unit amanah Ekuiti Malaysia, Ekuiti Pertumbuhan, Ekuiti Pertumbuhan Pendapatan, dan dana Ekuiti Index.

 

PMB Shariah TNB Employees Fund merekodkan prestasi pertumbuhan sebanyak 66.3% bagi tempoh setahun.  Bagi PMB Shariah Growth Fund yang berada di pasaran bagi kategori Ekuiti Pertumbuhan Malaysia mencatat pulangan sebanyak 54.8% bagi prestasi untuk tempoh yang sama.

 

PMB Shariah Small-Cap Fund mencatat pulangan sebanyak 37.1% bagi tempoh setahun,  bagi kategori Ekuiti Pertumbuhan Malaysia.  PMB Shariah ASEAN Stars Equity USD (Dana Ekuiti Pertumbuhan) mencatat pulangan sebanyak 35.3% bagi tempoh setahun, berakhir 31 Disember 2020.  Manakala, PMB Shariah Tactical Fund dengan pulangan sebanyak 27.7% dan PMB Dana Bestari pula sebanyak 26.4%

 

PMB Investment juga berjaya melepasi penanda aras FBM Emas Syariah dalam kategori Ekuiti Syariah Index Malaysia apabila PMB Shariah Index Fund mencatatkan prestasi pulangan berjumlah 24.9% bagi tempoh yang sama. PMB Shariah Premier Fund merekodkan pertumbuhan sebanyak 17.7%, PMB Dana Mutiara Fund pula merekodkan pulangan sebanyak 13.4% bagi kategori Ekuiti Pertumbuhan Pendapatan Malaysia bagi tempoh yang sama,  PMB Dana AL-Aiman sebanyak 12.4% dan akhir sekali, PMB Shariah Aggressive Fund sebanyak 11.7%.

 

Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Mahani Ibrahim, Pemangku, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment di ibu pejabat PMB Investment hari ini.  Turut hadir ialah Pengerusi, Pelaburan MARA, Datuk Azrulnizam bin Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Isnami A. Mohtar, Ketua Pegawai Pelaburan, PMB Investment. 

 

Di majlis yang sama, Mahani turut berkongsi perancangan syarikat yang bakal melancarkan dua dana baru pada tahun ini yang mana salah satu berupa sebuah dana unit amanah berkaitan wakaf manakala yang kedua merupakan dana unit amanah global. 

 

Beliau berkata dua-dua dana tersebut masing-masing akan ditawarkan kepada masyarakat pelabur selewat-lewatnya pada penghujung suku pertama dan suku ketiga tahun ini.   

 

Mahani berkata, “dana wakaf tersebut memberi peluang kepada para pelabur untuk beroleh keuntungan menerusi pelaburan selain beramal jariah.  Konsep dana ini adalah julung-julung kali diperkenal di negara ini dan adalah hasil kerjasama PMB Investment dengan salah sebuah entiti pengurusan wakaf terbesar negara.” 

 

Dana wakaf ini merupakan dana aset campuran yang dibentuk daripada pelaburan ekuiti, sukuk dan pasaran wang dibuka kepada individu dan pelabur korporat dan PMB Investment mensasarkan jualan sehingga RM50 juta untuk tahun pertama dana ini dilancarkan.

 

PMB Investment merupakan IFMC atau Institusi Pengurusan Dana Syariah yang juga Ahli Kumpulan Pelaburan MARA, kini  menguruskan 16 dana amanah syariah. 

 

 

 

-habis-

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali

Ketua, Komunikasi Pemasaran

Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB 

No. 1A Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

 

T: 03-4145 3800

F: 03-4145 3801 I M: 019-232 7423          

marina@pelaburanmara.com.my

05022021