14-04-2023
PELABURAN MARA SAMBUT ULANG TAHUN KE-55 DENGAN LANCAR DANA BARU DAN METERAI DUA PERJANJIAN Kuala Lumpur - Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd hari ini telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun ke-55. Majlis sambutan telah dihadiri oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Pelaburan MARA sebelum ini dikenali sebagai Amanah Saham MARA Berhad ditubuhkan pada 24 Jun 1967 dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik golongan Bumiputera untuk terlibat dalam pelaburan dan seterusnya meningkatkan pegangan ekuiti golongan ini yang pada ketika itu dalam tahun 60-an yang rata-ratanya terdiri daripada petani dan nelayan. Syarikat ini berperanan sebagai satu entiti yang mewakili Bumiputera untuk terlibat secara langsung dalam ekonomi negara terutamanya mempunyai pegangan ekuiti di syarikat-syarikat tersenarai di Pasaran Saham Malaysia- Singapura.
Dalam ucapannya, Mahdzir berkata ‘Pelaburan MARA Berhad menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan nasib Bumiputera di tanah air sendiri. Ini membuktikan kesungguhan pihak Kerajaan sejak dari awal lagi untuk terus-menerus membantu agenda Bumiputera di luar bandar.” “Kita harus tumpang berbangga kerana penglibatan masyarakat Bumiputera luar bandar ke dalam pelaburan saham amanah bermula dengan dana yang diuruskan oleh Amanah Saham MARA Berhad yang dilancarkan pada 1968”, tambah beliau.
10-01-2021
28-10-2021
13-02-2020
10-01-2021
28-10-2021
13-02-2020