Penyampaian SPIM Penjana Kepada IPTS

19-03-2021

 

KENYATAAN MEDIA

PMB Tijari sebagai ejen pelaksana SPiM PENJANA IPTS @ MARA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara mensasarkan IPTS) hari ini telah menyampaikan surat tawaran kepada tiga IPTS yang layak. PMB Tijari merupakan ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.

SPiM PENJANA IPTS ialah kemudahan pembiayaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan Bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah dilancarkan pada 2 Julai 2020 dan merupakan bantuan pembiayaan perniagaan bagi tujuan menampung kos operasi sahaja.

Sejak dilancarkan platform ini, 25 IPTS telah menerima tawaran pembiayaan berjumlah RM155.3 juta. Daripada jumlah IPTS tersebut, hanya 13 IPTS yang telah mengemukakan dokumen lengkap bagi membolehkan pembiayaan disalurkan berjumlah RM60.6 juta.

Pada hari ini, tiga IPTS yang berjaya dan ditawarkan pembiayaan ialah Malaysia Allied Health Sciences Academy (MAHSA) berjumlah RM50 juta, MSU Holdings Sdn. Bhd. (MSU) sebanyak RM50 juta dan City Universiti berjumlah RM28 juta.

Majlis penyerahan telah disaksikan oleh Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Mara Corporation dan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad dan Norati Ibrahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Tijari PMB Tijari merupakan ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad dan ditubuhkan pada 2014. Menawarkan pembiayaan syariah kepada usahawan berpotensi menerusi produk-produk pembiayaan yang rangka khusus mengikut keperluan usahawan.

- Habis –


 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali
Ketua, Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut ,
50400 Kuala Lumpur

T: 03 - 4145 3828
F: 03 - 4145 3801
M: 019 - 232 7423
E: marina@pelaburanmara.com.my

19.03.2021