PMB Investment Terima Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat 2020

23-11-2020

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR – PMB Investment Berhad (PMB Investment) menerima Anugerah Company of the Year Award for promoting education and investment literacy dalam acara The Sustainability & CSR Malaysia Award 2020. Majlis penyerahan anugerah ini telah dihadiri oleh Datuk R. Rajendran, Pengerusi, CSR Malaysia dan Lee Seng Chee, Editor Pengurusan, CSR Malaysia.

PMB Investment telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut hasil daripada pelaksanaan Program #ArifLabur, yang dianjurkan bertujuan mendidik masyarakat untuk celik pelaburan dan pengurusan kewangan.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Program #ArifLabur ini telah dibawa ke seluruh negara terutama yang berhampiran dengan Pejabat wilayah dan negeri PMB Investment, iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak”. “Program ini adalah percuma dan dibuka kepada semua masyarakat dan ramai telah mendapat manfaat daripada program ini. Peserta #ArifLabur didedahkan mengenai peluang pelaburan yang ada selain meningkatkan kemahiran mereka dalam memilih pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko masing-masing. Selain itu, mereka turut diberi tips untuk mengenal pasti skim penipuan pelaburan atas talian agar mewujudkan kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan isu scammer yang semakin menjadi-jadi di negara ini”, tambahnya lagi.

Program #ArifLabur membawa tema #ElakSengsaraSelepasBersara diangkat bersesuaian dengan berlakunya peningkatan golongan muda muflis di negara ini kerana tiada kesedaran pengurusan kewangan. Selain itu, persediaan wang persaraan yang tidak mencukupi juga menjadi salah satu faktor yang mendorong PMB Investment menganjurkan program ini.

Tengku Ahmad Badli Shah turut berkata, ‘’kejayaan syarikat menerima anugerah ini menjadi penyuntik semangat buat kami untuk terus mendidik masyarakat berkaitan ilmu pelaburan dan juga pengurusan kewangan melalui pengalaman kami yang telah berada dalam industri pengurusan saham amanah sejak 1967”.

Kenyataan Media PMB Investment, sebuah syarikat milik penuh kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 16 dana unit amanah dengan beberapa mandat portfolio pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

CSR Malaysia Awards adalah majlis penghargaan kepada syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia yang cemerlang dalam memainkan peranan perubahan dalam transformasi sosio-ekonomi Malaysia.



 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali
Ketua, Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB 
No. 1A Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur

T: 03 - 4145 3800
F: 03 - 4145 3801 
M: 019 - 232 7423
E: marina@pelaburanmara.com.my