PMB Investment Umum Prestasi 4 Dana Terbaik

28-11-2023

KENYATAAN MEDIA

PMB Investment hari ini mengumumkan pulangan prestasi untuk empat (4) dana di bawah pengurusannya. Keempat-empat dana berkenaan telah mencatatkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori Lipper Investment Management, iaitu Equity, Equity Malaysia Income, Equity Malaysia Small & Mid Capital dan Mixed Asset bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun berakhir 28 Februari 2023.

PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) secara konsisten berada pada kedudukan terbaik dalam Lipper List sejak 2018, memberikan pulangan yang memberangsangkan sebanyak 111% untuk tempoh lima tahun berakhir 28 Februari 2023 dalam kategori Equity Malaysia Income, manakala pulangannya untuk tiga tempoh tahun dan satu tahun adalah lebih baik masing-masing pada 130% dan 29%.

Meneruskan kecemerlangan PMB SEF adalah PMB Dana Bestari Fund (PMB DEF) yang berada pada kedudukan kedua daripada 30 dana dalam pasaran di bawah Equity Malaysia Income untuk prestasi setahun dengan pulangan sebanyak 18%. PMB DEF juga mencatatkan pulangan 67% untuk tiga tahun dan 57% untuk lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

PMB-An-Nur Waqf Income (PMB-ANWI) pula merupakan dana pertama berasaskan wakaf yang dilancarkan pada 2021 mencatatkan prestasi satu tahun yang menggalakkan sebanyak 17%, berakhir pada 28 Februari 2023.

Akhir sekali, satu lagi dana PMB Investment dalam kategori Malaysia Mixed Asset untuk satu, tiga dan lima tahun ialah PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF) yang merekodkan pulangan sebanyak 10% untuk satu tahun, 46% untuk tiga tahun dan 27% untuk tempoh lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

PMB Investment juga menguruskan dana yang dilaburkan dalam pasaran global, pasaran serantau dan Greater China. Dana-dana ini menyediakan pelabur kami cara yang berkesan untuk mendapatkan keuntungan pelbagai di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Mahdzir Othman turut mengumumkan PMB Investment telah memenangi dua anugerah berprestij baru-baru ini, iaitu Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023 dan Morningstar Malaysia Awards 2023. PMB Investment memenangi satu anugerah di peringkat Kumpulan Bersama-sama tiga anugerah individu di Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023, iaitu Best Equity Group – Malaysia Provident Funds, Mixed Asset MYR Flexible Best Fund bagi tempoh lima tahun untuk PMB Tactical Fund (PMB STF) dan PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) memenangi Equity Malaysia Diversified Best Fund bagi tempoh tiga dan lima tahun, semuanya berakhir 31 Disember 2022.

PMB Investment turut meraih Best Malaysia Large-Cap Equity (Syariah) Fund pada 2023 Morningstar Awards Malaysia untuk PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF).

Mahdzir berkata, “Pencapaian ini adalah hasil kerja berpasukan semua kakitangan, terutamanya pasukan pelaburan yang mempunyai hubungan kerja terbaik dan memberikan komitmen yang jitu. Sepanjang tahun yang mencabar ini, kami menekankan pemilihan saham untuk mencapai prestasi yang lebih baik.”

Sementara itu, melangkah ke hadapan, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, syarikat dalam perancangan untuk memperkenalkan dana berasaskan ESG pada suku ketiga tahun ini untuk pelabur yang teliti. Beliau menjelaskan, "Kami mendapati terdapat minat pelabur yang semakin meningkat dalam faktor ESG yang mencerminkan pandangan bahawa ia boleh menjejaskan prestasi jangka panjang syarikat tersenarai dan disebabkan itu ia harus diberikan pertimbangan sewajarnya dalam keputusan pelaburan."

“Analisis ESG telah menjadi perkara yang semakin penting dalam proses pelaburan. Pelabur profesional semakin melibatkan faktor bukan kewangan ini sebagai sebahagian daripada proses analisis mereka untuk mengenal pasti risiko dan peluang. Kami percaya lebih tinggi pemarkahan ESG, ia akan mendapat minat yang lebih tinggi daripada pelabur, dan ia akan mencerminkan penilaiannya. Secara langsung dan tidak langsung, faktor ESG akan memberi kesan kepada prestasi dana pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

Selain pelabur runcit, kami juga akan lebih tertumpu kepada pelanggan korporat dan merancang untuk memperkenalkan dana yang lebih sesuai dengan selera risiko pelanggan korporat menjelang akhir tahun.

PMB Investment, sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, ialah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC), menguruskan 19 dana unit amanah, termasuk satu dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas aset ekuiti, campuran dan sukuk.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali
Ketua, Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB 
No. 1A Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur

T: 03 - 4145 3800
F: 03 - 4145 3801 
M: 019 - 232 7423
E: marina@pelaburanmara.com.my